TERMA & SYARAT LUVLYBABYBOUTIQUE
JANGAN ORDER JIKA ANDA;
- Seorang yang CEREWET / OVERDEMANDING
- Seorang yang TIDAK PENYABAR menunggu reply dari kami
- Seorang yang TIDAK boleh menerima jika items yang ditempah kehabisan STOK
- Seorang yang TIDAK boleh menerima jika kami pos LAMBAT atau refund duit LAMBAT
KAMI TIDAK AKAN MELAYAN JIKA ANDA;
- Seorang yang CEREWET / OVERDEMANDING
- Seorang yang KURANG AJAR (biasanya pelanggan yang baru kali pertama beli online)
- Seorang yang SUKA Tawar-Menawar walaupun telah diberi diskaun
- Seorang BACKOUT Buyer (biasanye pelanggan yang mendiamkan / menghilangkan diri)
PERKARA PENTING UNTUK DIINGATI;
- Kami hanya berurusan melalui E-MAIL sahaja. Sila isi borang tempahan untuk membuat tempahan.
- Sila pastikan anda betul-betul SETUJU / CONFIRM untuk membuat tempahan / bayaran
- Jika anda membuat pertanyaan sahaja, sila pilih dalam borang tempahan yang anda hanya ingin membuat pertanyaan.
- Sila baca dan fahami Terma & Syarat Luvlybabyboutique sebelum membuat apa-apa tempahan
- Sila fahami bahawa terdapat perbezaan warna dalam gambar sebenar sebanyak 5-10% mungkin dari setting monitor anda
- Sila pastikan alamat E-MAIL anda itu betul. Jika tidak, jangan salahkan kami jika anda tidak menerima reply dan dimasukkan dalam senarai blacklisted kami
- Sila beritahu jika anda hendak BATAL / CANCEL order anda. Kami tak makan orang (*_^)
- Pembelian diatas risiko sendiri
- Pelanggan yang mempunyai sejarah baik akan diberikan KEUTAMAAN
TERMA & SYARAT
- Semua barang adalah barang baru
- Tiada sebarang TAWAR-MENAWAR dibenarkan. Kami harus berlaku adil kepada semua pelanggan TERUTAMA pelanggan-pelanggan yang SETIA
- Kami berhak membatalkan sebarang tempahan jika kami dapati samada anda seorang meragukan, cerewet dan juga bersikap kurang ajar.
- Kami tidak menerima Cash on Delivery.
- Kami menerima banyak tempahan, beri kami masa 2-3 hari untuk pembungkusan tempahan anda
- Harga adalah tetap.
- Harga yang tertera tidak termasuk caj penghantaran kecuali dinyatakan
- Barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar kecuali kami tersalah hantar barang atau saiz. Kami akan periksa barang dalam berkeadaan baik sebelum pembungkusan dan penghantaran.
- Tiada sebarang pembatalan diterima jika telah membuat pembayaran. Kami akan pulangkan kembali duit anda jika barang anda kehabisan STOK.
- Kami tidak akan bertanggungjawab diatas kerosakan, kehilangan barang semasa penghantaran dan juga kami tidak akan bertanggungjawab jika posmen hantar lambat barang anda.
BAGAIMANA MEMBUAT TEMPAHAN?
- Sila pastikan kod barang, saiz dan juga harga dengan betul
- Setelah CONFIRM dengan barang yang hendak dibeli, barulah anda isi borang tempahan dan hantar kepada kami
- Tunggu reply dari kami dalam masa 48 jam. Jika terlalu banyak order, sila beri kami masa selewat-lewatnya 3 hari. Jika anda tidak sabar, jangan membuat tempahan.
- Sila periksa JUNK MAIL, BOXBE atau SPAM MAIL anda jika tidak menerima apa-apa reply dari kami.
- Jika anda betul-betul tidak menerima reply dari kami, mungkin anda termasuk dalam senarai blacklist kami. Anda boleh bertanya dengan menghantar email kepada kami di luvlybabyboutique@gmail.com.
SETELAH MENDAPAT REPLY / INVOICE DARI KAMI;
- Sila balas dengan menulis "Saya setuju / Confirm akan membuat bayaran"
- Sila buat bayaran dalam masa 48 jam / 2 hari. Setiap invoice terdapat expiry date, sila ambil perhatian.
- Pelanggan yang membuat pertanyaan, sila tulis " Saya setuju / confirm untuk membeli", barulah kami akan email anda invoice.
CARA-CARA MEMBUAT PEMBAYARAN YANG BETUL (PENTING!!)
- Jika anda membuat bayaran menggunakan Online Transfer seperti Maybank2u dan lain-lain, terdapat ruangan recipient's email, SANGAT PENTING dan WAJIB MELETAKKAN E-MAIL kami luvlybabyboutique@gmail.com. JANGAN sekali-kali meletakkan email anda, Jika tidak kami berhak membatalkan order anda dan tidak mengepos barang anda.
- Jika anda menggunakan AKAUN ORANG LAIN, sila beritahu kami nama penuh akaun pembayar dan juga jumlah yang dibayar.
- Jika anda menggunakan mesin cash deposit atau menggunakan kaunter, sila SCAN atau AMBIL GAMBAR resit pembayaran dan e-mail kepada kami. Jangan sesekali tindih tulisan bank dengan pen atau pensel, ini akan membuatkan resit anda tidak sah.
- JANGAN lupa selepas membuat pembayaran, EMAIL kami semula dengan menulis " Saya dah buat pembayaran dan meletakkan email luvlybabyboutique semasa pembayaran, harap anda dapat cek pembayaran saya. TQ"
- Pada ruangan description pula, sila letakkan Invoice No. anda, ini boleh mempercepatkan proses kami untuk menguruskan tempahan anda.
- Jika anda rasa, cara kami melecehkan, sila batalkan tempahan anda.
KENAPA MELETAKKAN EMAIL KAMI SEWAKTU PEMBAYARAN ADALAH PENTING?
- Jika anda pengguna Maybank2u, anda pasti tahu setiap transaksi tidak ada penama yang membuat pembayaran, reference no. atau akaun penama yang buat pembayaran. YANG ada cuma tarikh dan juga jumlah pembayaran yang dibuat.
- Sila maklum bahawa dalam sehari ramai pelanggan yang buat transaksi, dan ramai juga membuat pembayaran JUMLAH yang sama dengan anda, bagaimana kami ingin menjejaki bahawa itu pembayaran dari anda? Sebab itulah pentingnya notification dari bank untuk kami.
- Jika anda rasa, cara kami melecehkan, sila batalkan tempahan anda.
SETELAH MENDAPAT TRACKING NO DARI KAMI;
- Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan atau kelewatan barang anda.
- Pelanggan harus sedar akan risiko kemungkinan barang hilang atau rosak.
- Kami hanya menghantar ke alamat yang disberikan oleh anda didalam borang tempahan, oleh itu pastikan alamat anda adalah betul. Jika pos malaysia memulangkan barang kembali kepada kami, pelanggan yang berkenaan harus membayar caj penghantaran buat kali kedua.
- Pastikan anda berada dirumah atau office atau kedai atau dimana alamat yang diberikan setelah kami memberikan tracking no. Anda perlu ingat, bukan semua posmen amat berdedikasi untuk meletakkan notis bahawa mereka telah sampai dan anda tiada dirumah.
- Jika item hilang atau rosak, pelanggan ada kuasa untuk meminta ganti rugi daripada POS MALAYSIA.
- Sila beritahu kami jika tracking no anda tiada dalam sistem dan kami akan memeriksa untuk anda.
