TERMA & SYARAT UNTUK PRE ORDER
JANGAN ORDER JIKA ANDA;
- Seorang yang CEREWET / OVERDEMANDING
- Seorang yang TIDAK PENYABAR menunggu barang sampai.
- Seorang yang TIDAK boleh menerima jika items yang ditempah kehabisan STOK
- Seorang yang TIDAK boleh menerima jika items yang dibeli LAMBAT sampai disebabkan beberapa faktor kelewatan.
- Seorang yang TIDAK boleh menerima jika kami pos LAMBAT atau refund duit LAMBAT
KAMI TIDAK AKAN MELAYAN JIKA ANDA;
- Seorang yang CEREWET / OVERDEMANDING
- Seorang yang KURANG AJAR (biasanya pelanggan yang baru kali pertama beli online)
- Seorang yang SUKA Tawar-Menawar walaupun telah diberi diskaun
- Seorang BACKOUT Buyer (biasanye pelanggan yang mendiamkan / menghilangkan diri)
- Seorang yang BUKAN PENYABAR untuk menunggu tempahan untuk sampai.
- Seorang yang ASYIK bertanya bila barang hendak sampai sebelum ETA. Kami akan inform anda jika barang tidak sampai pada tarikh anggaran yang diberikan.
KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN JIKA ANDA;
- Seorang yang BERKESABARAN TINGGI untuk menunggu items sampai
- Seorang pelanggan yang MEMPUNYAI sejarah yang BAIK dengan kami
- Dapat menerima hakikat bahawa barang tempahan berkemungkinan akan lewat atau kehabisan STOK
- Seorang yang boleh mengawal EMOSI
PERKARA PENTING UNTUK DIINGATI;
- Kami hanya berurusan melalui E-MAIL sahaja. Sila isi borang tempahan untuk membuat tempahan.
- Sila pastikan anda betul-betul SETUJU / CONFIRM untuk membuat tempahan / bayaran
- Jika anda membuat pertanyaan sahaja, sila pilih dalam borang tempahan yang anda hanya ingin membuat pertanyaan.
- Sila baca dan fahami Terma & Syarat Luvlybabyboutique sebelum membuat apa-apa tempahan
- Sila fahami bahawa terdapat perbezaan warna dalam gambar sebenar sebanyak 5-10% mungkin dari setting monitor anda
- Sila pastikan alamat E-MAIL anda itu betul. Jika tidak, jangan salahkan kami jika anda tidak menerima reply dan dimasukkan dalam senarai blacklisted kami
- Sila beritahu jika anda hendak BATAL / CANCEL order anda. Kami tak makan orang (*_^)
- Pembelian diatas risiko sendiri
- Pelanggan yang mempunyai sejarah baik akan diberikan KEUTAMAAN
TERMA & SYARAT UNTUK PRE ORDER
- ETA adalah ESTIMATED TIME ARRIVAL. Tarikh ini hanyalah tarikh yang dianggarkan oleh kilang / supplier. Diingatkan tarikh anggaran sahaja. Bukan tarikh yang tepat dalam kata lain nya. Kelewatan mungkin akan berlaku.
- Tarikh yang diberi hanya anggaran, barang berkemungkinan akan lewat disebabkan beberapa faktor seperti kilang lambat produce barang, kesilapan manusia, kelewatan penghantaran dari kilang, waktu penghantaran yang lama, kastam lagi dan juga faktor2 yang berkaitan.
- PRE ORDER adalah barang yang telah ditempah dikilang dan masih dalam proses pembuatan dan belum sampai di tangan kami.
- Jika anda BUKAN seorang yang PENYABAR, sila lupakan untuk membuat tempahan.
- Jika anda SEORANG PENYABAR, anda dialu-alukan untuk menghantar tempahan.
- KEUTAMAAN diberi kepada pelanggan yang mempunyai sejarah yang baik.
- Tiada sebarang TAWAR-MENAWAR dibenarkan. Kami harus berlaku adil kepada semua pelanggan TERUTAMA pelanggan-pelanggan yang SETIA
- Kami berhak membatalkan sebarang tempahan jika kami dapati samada anda seorang meragukan, cerewet dan juga bersikap kurang ajar.
- Kami hanya menerima bayaran PENUH untuk mengelakkan pelanggan yang lari atau lewat membayar baki tempahan.
- Harga adalah tetap.
- Harga yang tertera tidak termasuk caj penghantaran kecuali dinyatakan
- Barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar kecuali kami tersalah hantar barang atau saiz. Kami akan periksa barang dalam berkeadaan baik sebelum pembungkusan dan penghantaran.
- Tiada sebarang pembatalan diterima jika telah membuat pembayaran.
- Tiada sebarang penukaran keatas design dan size yang telah ditempah oleh pelanggan.
- Kami akan pulangkan kembali duit anda 100% jika barang anda kehabisan STOK.
- Kami tidak akan bertanggungjawab diatas kerosakan, kehilangan barang semasa penghantaran dan juga kami tidak akan bertanggungjawab jika posmen hantar lambat barang anda.
JIKA ANDA TIDAK SANGGUP MENUNGGU;
- Jika barang tidak sampai pada tarikh anggaran, kami akan memberikan kelonggaran untuk anda menukar tempahan kepada barang yang tersedia di tangan (READY STOCK)
- Hanya boleh menukar dengan barang yang setara harga nya atau lebih. Jika lebih, anda perlu membayar baki nya, jika kurang harga dari harga asal, kami tidak akan memulangkan baki selebihnya.
- Tempahan anda TIDAK boleh ditukar dengan TUNAI kecuali barang yang ditempah itu kehabisan STOK.
